Indahnya Seni Mural
Friday, 20 November 2015
Sejarah Karya ini : Karya ini dapat saya hasilkan sejak kecil lagi..bermulanya minat ini adalah disebabkan selalu melihat pak cik-pak cik sebelah bapa yang berketurunan seni, yang terdiri daripada seni katun, mural, foto dan seni pertukangan. Semasa saya kecil, saya memang sukamelihat pak cik-pak cik saya berkarya. Hasil daripada situ lah saya mula meminati seni mural,,,saya suka mencari ilham sendiri, ditepi pantai, laut, air terjun, sawah kebun, hutan dan dibagainyan. Pendik cerita apabila saya melangkahkan kaki keluar rumah, saya amat suka menghayati kejadian alam seperti pokok, bukit, gunung-ganang dan sebagainya..yang akhirnya minat saya ini saya kembangkan sehingga sumber pendapatan ..dan juga saya pernah memasuki pertandingan melukis sehingga keperingkat kebangsaan. Saya juga telah membuka kelas seni untuk pelajar-pelajar SPM. Buat masa kini saya sedang aktif menerima tempahan daripada pelanggan bagi menghiasi sekolah-sekolah, pejabat-pelabat dan hisan rumah-rumah. Cita-cita saya yang akan datang setelah saya menamatkan pengajian saya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan, saya akan membuka geleri seni dirumah saya sendiri. Itu saja yang dapat saya kongsikan pada rakan-rakan didalam sejarah karya saya ini.
Friday, 6 November 2015
JOM BELAJAR MELUKIS
JOM BELAJAR MELUKIS MURAL
Bahan-bahanya
1. Sekeping papan peliword, kain, kertas, kaca, atau dinding batu.
2. Cat minyak ( semua jenis kala ).
3. Berus lukisan.
4. Berus cat.
5. Pisau atau gunting.
6. Minyak petrol
7. Kain tuala.
8. Surat khabar lama.
Cara-cara melukis :
1. Ambil sekeping papan peliword, kain, kertas, kaca, atau dinding-dinding batu.
2. Mulakan mewarna dengan warna asas, warnakan bahagian atas dengan menggunakan warna biru dan putih untuk bahagian langit.
3. Warnakan bahagian tengah dengan warna hitam.
4. Warnakan bahagian bawah papan dengan warna biru dan putih.
Subscribe to:
Posts (Atom)